Assalamulaikum...entri kami yang kedua adalah mengenai puasa..apa itu pengertian puasa? dalil yang mewajibkan puasa?lafaz niat dan sebagainya..yang akan dibincangkan dalam entri kali ini....
PENGERTIAN PUASA
Definisi puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta dengan niat.
DALIL YANG MEWAJIBKAN PUASA
Umat islam yang yang mempunyai cukup syarat diwajibkan untuk berpuasa di bulan Ramadhan berdasarkan dalil tersebut:
(183) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
(183) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.
HADIS
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhamad S.A.W bersabda: Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhamad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, dengan adanya dalil daripada Al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpuasa adalah dihukum sebagai murtad (keluar daripada Islam).
LAFAZ NIAT PUASA
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
DOA BERBUKA PUASA
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Maksudnya: Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan.
SYARAT WAJIB PUASA??apa yee??
1) Islam
Tidak diwajibkan kepada orang kafir
2) Baligh
Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh..
tetapi ingat! kanak-kanak DIGALAKKAN untuk berpuasa.
3) Berakal
Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila
4) Berkemampuan

Tidak wajib berpuasa bagi orang yang tidak berdaya untuk berpuasa seperti:
Orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.
SYARAT SAH PUASA
ada enam perkara! nak tahu apa..jom baca lagi! ;)
1) Islam
Orang islam yang berpuasa, kemudian ia murtad (keluar dari islam) walaupun sekejap, maka PUASANYA BATAL!.
2) Berakal
Orang gila TIDAK SAH puasanya.
3) Suci daripada nifas dan haid
4) Dah masuk waktu puasa
5) Berniat pada setiap malam:
"Menurut Mazhab Imam Malik, telah memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada waktu malam pertama bulan Ramadhan".
6) Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1) Makan dan minum dengan sengaja walaupun sedikit seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan sebagainya.
2) Muntah dengan sengaja
3) Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
4) Keluar darah haid dan nifas
5) Gila(hilang akal)
6) Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari
7) Merokok disiang hari(termasuk menghisap ganja atau dadah)
8) Murtad(keluar dari islam)
9) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.
MEREKA YANG DIBENARKAN BERBUKA
terdapat keloggaran(harus) kepada golongan berikut:
1) Orang yang sakit
2) Orang yang bekerja buruh
3) Orang yang dalam bermusafir (perjalanan)
4) Orang tua yang sudah lemah
5) Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak
KELEBIHAN RAMADHAN
1) Bulan yang dirunkan al-Quran
"Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia.
2) Bulan yang penuh berkat
" Bulan ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka."
" Daripada abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan ikatlah semua syaitan".
3) Bulan penghapusan dosa
"Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu".
4) Bulan dirunkan Lailatul Qadar
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan