Selasa, 24 Februari 2015
Khamis, 12 Februari 2015
latihan perjanjian hudaibiyah
- Bilakah berlakunya Perjanjian Hudaibiyah :
a.
Bulan
Zulhijjah , 6 hijrah
b.
Bulan
Zulkaedah ,6 hijrah
c.
Bulan
Muharam , 6 hijrah
d.
Bulan Ramadan, 6 hijrah
- Nama Perjanjian Hudaibiyah diambil sempena :
a.
Nama
pokok
b.
Nama
tempat
c.
Nama kaum
d.
Nama
orang
- Berikut adalah faktor yang mendorong Rasulullah
dan sahabat untuk kembali ke Mekah, kecuali :
a.
Perasaan
rindu kepada keluarga dan kampung halaman
b.
Pelawaan
dari penduduk Mekah
c.
Mimpi
Rasulullah mengunjungi Baitullah
d.
Kedudukan
umat Islam yang telah kuat dan mantap
- Berapa jumlah umat Islam yang berangkat bersama Rasulullah menuju
ke Mekah pada tahun 6 hijrah ?
a.
100
b.
1000
c.
10,000
d.
100,000
- Apakah tujuan Rasulullah dan Umat Islam pergi ke Mekah pada tahun 6 hijrah ?
a.
Untuk berperang
b.
Untuk menziarah
keluarga
c.
Untuk
menunaikan haji
d.
Untuk
menunaikan umrah
- Berikut adalah strategi Rasulullah untuk membuktikan kepada Musyrikin Mekah
kedatangan mereka bertujuan baik ,
kecuali
a.
Membawa
binatang ternakan
b.
Membawa
pedang bersarung
c.
Membawa
panah
Memakai pakaian ihramRabu, 11 Februari 2015
latihan syirik
Isi tempat kosong yang berikut dengan jawapan
yang betul.
(dosa) (menyekutukan) (diampunkan)
(wajib)
1. Syirik
ialah _____________ Allah dengan suatu makhluk.
2. Syirik
ialah ______________ yang tidak ______________ Allah.
3. Setiap
individu muslim __________________ menjauhi perbuatan syirik.
latihan dosa kecil dosa besar
Jawab semua soalan yang berikut
berdasarkan jawapan yang disediakan.
#Balasan
buruk yang dijanjikan Allah kepada orang yang melanggar perintah Allah.
#Perbuatan
dosa yang tidak diancam dengan azab oleh al-Quran dan al-Hadis
#Dosa
kecil dan dosa besar
#ومن يعمل مثقال ذرة شرا يره
#Perbuatan
dosa yang diancam dengan azab oleh al-Quran dan al-Hadis
1. Nyatakan
pengertian dosa.
2. Senaraikan
pembahagian dosa
3. Jelaskan maksud dosa kecil
4. Jelaskan
maksud dosa besar
5. Tuliskan
dalil naqli yang melarang kita membuat dosa
latihan samiiyat
Tuliskan betul perkara-perkara
samiyyat dan salah pada perkara-perkara yang bukan samiyyat.
1.
Percaya kepada israk dan mikraj ( )
2.
Dosa dan pahala ( )
3.
Solat dan puasa ( )
4.
Alam barzakh dan hari akhirat ( )
5.
Ramalan dan tilik nasib daripada
bomoh ( )
latihan sama'
Isi tempat kosong di bawah ini dengan
jawapan yang betul.
(pertuturannya) (mendengar)
(tersembunyi) (alat) (wajib) (terhad)
1.
Maksud sama’ ialah ___________.
2.
Allah mendengar semua bunyi tanpa
meggunakan sebarang __________.
3.
Tidak ada sesuatu pun yang __________
daripada pendengaran Allah.
4.
Pendengaran manusia amat __________.
5.
Orang yang beriman menjaga __________
kerana dia percaya bahawa Allah mendengarnya.
6.
Kita __________ mempercayai bahawa
Allah bersifat maha mendengar.
|
Rabu, 4 Februari 2015
Dosa Kecil dan Dosa Besar
Pengertian dosa:
- Amalan yang melanggar hukum Islam
- Dosa terbahagi kepada 2 iaitu dosa kecil dan dosa besar
Dosa kecil:
- Amalan yang melanggar hukum Islam yang larangannya tidak dengan ancaman dan kemurkaan daripada Allah
Contoh-contoh dosa kecil:
- Membazir
- Membuat masa
- Membuang sampah merata-rata
- Melihat perkara yang haram
- Mendengar perkara yang melalaikan
Dosa besar:
- Amalan yang melanggar hukum Islam yang larangannya disertai dengan ancaman dan kemurkaan daripada Allah
Contoh-contoh dosa besar:
- Syirik
- Sihir
- Membunuh
- Memakan harta anak yatim
- Memakan riba
- Lari dari medan pertempuran
- Menuduh seseorang berzina
- Meninggalkan perkara fardu
- Derhaka kepada ibu bapa
- Minum arak
- Berzina dan liwat
- Mencuri
- Terus melakukan dosa kecil
- Berputus asa daripada rahmat Allah
- Riak dan takbur
- Berbohong
Cara menghapuskan dosa kecil:
- Melakukan amalan yang banyak dan ibadat kepada Allah serta memperbanyak ucapan "Astaghfirullah al-'azim"
Cara menghapuskan dosa besar:
- Bertaubat
- Menyesal atas perbuatan dosa yang dilakukan
- Meninggalkan perbuatan dosa
- Berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa
- Meminta maaf sekiranya melibatkan sesama manusia
'' Perbaikilah diri setiap hari, bertaubatlah setiap hari, kerana belum tentu besok hari ada lagi "
Tajuk hari ni adalah syirik ~
Sifat 20 Bagi ALLAH
Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.
BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada.
BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada.
BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA'
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal.
BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan.
BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.
BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya.
BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa.
BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.
BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya.
BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada.
BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA'
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak).
BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat.
BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata.
BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya.
BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya.
BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui.
BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini.
BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar.
BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi.
BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata.
moga kita kenal sifat-sifat Allah ^_^
Perjanjian Hudaibiyyah
jom baca artikel kaitan perjanjian hudaibiyyah :)
Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyyah
Hasil rundingan di antara Nabi Muhammad S.A.W dan Suhail bin Amr, termerailah Perjanjian Hudaibiyyah. Isi kandungan Perjanjian Hudaibiyyah adalah seperti berikut:
- Orang Islam tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun tersebut (6 H) dan boleh mengerjakan pada tahun berikutnya. Mereka boleh membawa pedang yang tersarung & berada di Makkah tidak melebihi 3 hari
- Gencatan senjata selama 10 tahun. Dalam tempoh itu kedua-dua belah pihak tidak boleh mencuri, mengkhianati dan memungkir janji
- Orang kafir Quraisy yang masuk ke Madinah, (walaupun telah memeluk agama Islam), hendaklah dipulang semula ke Makkah
- Orang Islam Madinah yang masuk ke Makkah, tidak perlu di hantar pulang ke Madinah
- Pihak Musyrikin Makkah & Islam Madinah boleh serta bebas membuat perjanjian dengan mana-mana pihak atau mana-mana kabilah Arab yang mereka suka
- Kedua-dua pihak tidak boleh membantu mana-mana kaum yang bersengketa atau berperang
- Kedua-dua pihak bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
Hikmah Perjanjian Hudaibiyyah
Antara hikmah Perjanjian Hudaibiyyah ialah:
· Berkembangnya syiar Islam.
· Kehidupan masyarakat aman dan damai.
· Pengiktirafan Rasulullah S.A.W dan negara Islam diMadinah.
· Mempamerkan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W sebagai seorang pemimpin Islam yang berfikiran jauh kehadapan (forward looking)
· Rasulullah S.A.W telah memperlihatkan sifat-sifat kesabaran Baginda semasa proses rundingan dijalankan.
· Rasulullah telah memanafaatkanPerjanjian Hudaibiyyah ini dengan memperkukuhkan dakwah Islamiyyah
· Orang Islam & orang Kafir dapat berinteraksi antara satu sama lain
· Membuka peluang kepada umat Islam Madinah untuk menyusun strategi untuk membebaskan Makkah dari cengkaman jahiliyah
senangkan bila kami sediakan point sebagai rujukan ^_^
Langgan:
Catatan (Atom)