Apa itu Solat Jenazah?? Pernah buat Solat Jenazah??tersengih-sengih..mesti tak pernag buatkan?...
Jom follow kami untuk mengetahui tentang solat jenazah...taadddaaa!!..
Solat Jenazah merupakan solat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah.
Solat jenazah merupakan fardhu kifayah keatas orang yang hidup kecuali orang yang telah meninggal dunia. "Menurut Imam Syafie: Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah secara serentak tetapi lebih afdhal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan ketika hidup.
jangan menangis...tabahkan hati.. ;)
Kematian..bukanlah satu perkara yang janggal kita dengar..kadang-kadang orang yang kita sayang satu persatu tinggalkan kita seperti keluarga dan sahabat handai. Itulah dinamakan "AJAL". Apabila seseorang itu mati, maka akan menjadi tanggungjawab masyrakat sekeliling untuk menguruskan jenazahnya kerana mneguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.
walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat dilihat ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Tepuk dada tanya diri sendiri..adakah aku mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah??
PERSEDIAAN SOLAT JENAZAH
1) Mayat diletakkan dideopan imam melintang ke kiblat.
2) Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepala atau dada mayat
3) Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam berdiri di pinggangnya.
4) Bagi solat ghaib, imam dan makmum menghadap kiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan:
الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله
Jawab Makmum:
الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله
Sof sunat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.
RUKUN SOLAT JENAZAH
1) Niat pada takbiratul ihram
2) Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud
3) Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram
4) Membaca surah al fatihah sesudah takbir pertama
5) Selawat atas nabi muhammad saw (selawat ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua
6) Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga
7) Memberi salam sesudah takbir keempat
Cara Mengerjakan Solat Jenazah secara ringkas
Angkat Takbir "Allahuakhbar" dan Niat dalam hati:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini 4 takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala.
baca Al Fatihah sehingga akhir
Angkat Takbir kedua "Allahuakhbar"
baca " Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
(lebih elok selawat ibrahimiah)
Angkat Takbir ketiga "Allahuakhbar"
Baca doa, seperti:
"Allahummargh firlahu warhamhu (untuk jenazah lelaki)
"Allahummargh firlahum warhamha (untuk jenazah perempuan)
"Allahummarghnfirlahum warhamhum (untuk jenazah yang ramai)
untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat dan doa
Angkat Takbir ke empat "Allahuakhbar"
Beri salam kiri dan kanan "Assalamualaikum warahmatullah"
Angkat Takbir ke empat "Allahuakhbar"
Beri salam kiri dan kanan "Assalamualaikum warahmatullah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan