jom baca artikel kaitan perjanjian hudaibiyyah :)
Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyyah
Hasil rundingan di antara Nabi Muhammad S.A.W dan Suhail bin Amr, termerailah Perjanjian Hudaibiyyah. Isi kandungan Perjanjian Hudaibiyyah adalah seperti berikut:
- Orang Islam tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun tersebut (6 H) dan boleh mengerjakan pada tahun berikutnya. Mereka boleh membawa pedang yang tersarung & berada di Makkah tidak melebihi 3 hari
- Gencatan senjata selama 10 tahun. Dalam tempoh itu kedua-dua belah pihak tidak boleh mencuri, mengkhianati dan memungkir janji
- Orang kafir Quraisy yang masuk ke Madinah, (walaupun telah memeluk agama Islam), hendaklah dipulang semula ke Makkah
- Orang Islam Madinah yang masuk ke Makkah, tidak perlu di hantar pulang ke Madinah
- Pihak Musyrikin Makkah & Islam Madinah boleh serta bebas membuat perjanjian dengan mana-mana pihak atau mana-mana kabilah Arab yang mereka suka
- Kedua-dua pihak tidak boleh membantu mana-mana kaum yang bersengketa atau berperang
- Kedua-dua pihak bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
Hikmah Perjanjian Hudaibiyyah
Antara hikmah Perjanjian Hudaibiyyah ialah:
· Berkembangnya syiar Islam.
· Kehidupan masyarakat aman dan damai.
· Pengiktirafan Rasulullah S.A.W dan negara Islam diMadinah.
· Mempamerkan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W sebagai seorang pemimpin Islam yang berfikiran jauh kehadapan (forward looking)
· Rasulullah S.A.W telah memperlihatkan sifat-sifat kesabaran Baginda semasa proses rundingan dijalankan.
· Rasulullah telah memanafaatkanPerjanjian Hudaibiyyah ini dengan memperkukuhkan dakwah Islamiyyah
· Orang Islam & orang Kafir dapat berinteraksi antara satu sama lain
· Membuka peluang kepada umat Islam Madinah untuk menyusun strategi untuk membebaskan Makkah dari cengkaman jahiliyah
senangkan bila kami sediakan point sebagai rujukan ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan