Tajuk hari ni adalah syirik ~
☛Pengertian Syirik
Syirik berasal daripada perkataan arab yang bererti "BERKONGSI" atau "BERSEPAKAT". Mensyirikkan Allah (S.W.T) bererti menyukutu atau menyamaikan Allah (S.W.T) dengan sesuatu makhluk sama ada dari segi zat , sifat atau perbuatan.
☛ Bahagian Syirik
1.Syirik Jali (terang):
Syirik jali ialah menyukutukan Allah secara terang-terangan.
2.Syirik Khafi (tersembunyi):
Syirik Khafi ialah mengutukan Allah (S.W.T) dengan tidak nyata , tedak jelas atau tersembunyi.
☛Ciri-ciri Syirik
☛menafikan sifat Allah (S.W.T)iaitu tidak mempercayai sifat 2 wajib ,mustahil dan harus bagi Allah.
☛menyembah sesuatu selain daripada Allah (S.W.T) iaitu menyembah berhala , patung , matahari dan sebagainya.
☛ menafikan tentang kekuasaan Alllah (S.W.T) malalui perkataan dan perbuatan , iaitu mengucap atau melakukan sesuatu yang menunjukkan tanda tidak mengakui kekuasaan Allah (S.W.T).
☛ Contoh Syirik.
:Syirik Jali (terang)
> mempercayai bomoh atau dukun lebih berkuasa
> mempercayai kubur yang dianggap keramat.
> menyembah makhluk lain selain daripada Allah.
:Syirik Khafi (tersembunyi)
> riak , takbur dan sombong kepada Allah (S.W.T)
> mengaku kehebatan sesuatu selain Allah (S.W.T)
janganlah kita membuat perkara-perkara syirik kerana ia adalah dosa besar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan